Tuesday, 17 June 2014

JENIS TERJEMAHAN

Kali ini, kita akan lihat pula tentang jenis-jenis terjemahan. Umumnya, terdapat 2 jenis terjemahan, iaitu terjemahan tulisan dan lisan.

TERJEMAHAN TULISAN

Terjemahan tulisan mempunyai ciri-ciri berikut:
Ø  Dilakukan secara bertulis (tak kan bercakap kot).
Ø  Penterjemah masih berkesempatan membaiki kesilapan terjemah yang dilakukan (maknanya masih boleh semak kesalahan).
Ø  Kefasihan berbicara tidak menjadi syarat yang mutlak (tak pandai bercakap pun boleh terjemah).
Ø  Penguasaan bahasa sumber & bahasa sasaran yang pasif pun tidak menjadi hambatan untuk menjadi penterjemah tulisan yang baik (tak pakar bahasa, tapi masih boleh terjemah).

Agak-agak, kita semua layak tak untuk terjemah sesuatu tulisan? Boleh lah cuba di rumah.. :)

TERJEMAHAN LISAN

Terjemahan lisan pula mempunyai ciri-ciri berikut:
Ø  Dilakukan secara lisan (bukan menulis tau).
Ø  Dilakukan secara langsung, cepat & tepat.
Ø  Tidak boleh berhenti walaupun sekejap untuk membaiki unsur-unsur bahasa atau ujaran yang salah, atau yang tidak tepat benar padanan terjemahannya (azab le kalau salah).
Ø  Penterjemah disyaratkan berkemampuan berbicara yang lancar & fasih dalam b. Sumber & b. Sasaran.
Ø  Perlu berpengetahuan luas.
Ø  Mampu mentafsirkan apa sahaja yang diujarkan.
Ø  Dikenali sebagai interpreter.
Ø  Perlu menjalani latihan yang panjang & perlu mencari pengalaman yang berterusan.
Ø  Selain menjadi penterjemah yang baik, dia juga perlu menjadi pentafsir yang mahir.

Yang nie memang boleh, tapi ambil masa le.. kalau sekarang bercakap memang tunggang langgang le.. hehe..

Yang nie secara umum, yang detail belum masuk lagi.. lain kali lah kita bincang ye.. Selamat praktis..

MUHAMAD HAFIZI BIN TARMIZI (A144967)

Monday, 16 June 2014

KRITERIA-KRITERIA PENTERJEMAH

Bagi sesiapa yang ingin menjadi penterjemah,di sini saya ingin berkongsi tentang kriteria-kriteria yang perlu ada bagi seseorang penterjamah hasil daripada pembelajaran kuliah yang lepas. Hanya dengan mengetahui dua bahasa, seseorang itu sudah boleh menjadi penterjemah yang baik.Ia adalah pendapat yang salah kerana untuk menjadi seorang penterjemah bukanlah sesuatu mudah.Syarat utama untuk menjadi penterjemah mestilah mengetahui bahasa sumber dan bahasa sasaran,mengetahui topik/subjek yang akan diterjemahkan,mengetahui teori terjemahan dan mengetahui sasaran/khalayak pembaca.

Kriteria penterjemah :
Mengetahui Bahasa Sumber
         Mendalam
         Selok-belok keganjilan & keistimewaan bahasa sumber.
         Membezakan makna
         Mentafsirkan maksudnya dengan tepat
Mengetahui Bahasa Sasaran
         Bahasa penerima
         Lebih baik daripada bahasa sumber
         Sama baik dengan bahasa sumber
Mengetahui Bidang / Subjek
         Menjamin ketepatan dan kesempurnaan makna yang dipindahkan.
         Penting dalam penterjemahan teks-teks khusus.
         Penting dalam penterjemahan teks-teks sastera.
Mengetahui Teori Terjemahan
         Ada teori & kaedah ilmiahnya sendiri.
         Bukan pindahkan perkataan sahaja, tetapi  memindahkan idea, maklumat dan gaya.
         Perlu bantuan ilmu pengetahuan secukupnya dalam bidang teori dan kaedah terjemahan.
Mengetahui Sasaran Pembaca
         Terjemahan perlu sesuai dengan pembaca sasaran.
         Laras bahasa perlu dijaga.
         Cth: Kalau sasarannya ialah kanak-kanak, maka laras bahasa yang digunakan mestilah sesuai dengan kanak-kanak tersebut.

Syarat Tambahan
         Mempunyai fikiran yang terbuka
         Ingatan yang baik
         Minat yang mendalam
         Boleh bekerja sendiri
         Tidak malu bertanya
         Jujur dan amanah

Syarat Lain
Pengalaman :
         Aset yang bernilai
         Tidak datang bergolek
         Diperoleh daripada ilmu dan latihan penterjemahan yang berpanjangan.
         Boleh manfaatkan pengalaman orang lain, perlu mencari pengalaman sendiri.

Tugas menterjemah bukanlah tugas yang mudah.Penterjemah perlu melengkapkan diri dengan pelbagai syarat dan kebolehan sebelum berupaya menterjemah sesebuah teks dengan baik.Semua syarat ini tidak mungkin dapat dipenuhi dengan mudah.Walaupun begitu, semua ini boleh dicapai andainya penterjemah rajin berusaha, rajin belajar & berlatih.

Mumtazah Maimunah

Sunday, 15 June 2014

Sebab Blog ini Dibuat..

Assalamualaikum..
Kawan-kawan semua sihat?
Harapnya sihat semua..

Sebelum itu, izinkan saya memperkenalkan diri.. nama saya Muhamad Hafizi bin Tarmizi..
Menetap di Teluk Intan (orang Perak le)..
Pelajar di Fakulti Pengajian Islam, kos Pengajian Arab dan Tamadun Islam..
Dan lain-lain kalau nak tahu, kena pm sendiri.. J

Agak-agak, kenapa blog ini dibuat?

Blog ini dibuat untuk berkongsi serba sedikit (tak la banyak pun) tentang aktiviti terjemahan Arab-Melayu-Arab, bagaimana ingin menterjemah, apakah teknik yang digunakan, dan sebagainya..
Saya dan rakan saya (Aida dan Mumtazah) akan cuba berkongsi (dah kongsi pun sebelum nie) tentang segala aktiviti berkaitan penterjemahan..

Harapannya moga-moga blog ini bermanfaat walaupun sedikit kepada kawan-kawan dan pembaca sekalian..


Gambar 1 & 2 Pensyarah TAMA 1 yang disayangi, Dr. Maheram.

Sekian..

Muhamad Hafizi bin Tarmizi (A144967)
Terjemahan Arab-Melayu-Arab,
Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam,

Fakulti Pengajian Islam, UKM.

Thursday, 12 June 2014

Assalamualaikum.

Pada minggu ini, kita akan belajar tentang peribahasa Arab yang mana kata-katanya boleh kita ambil sebagai ibrah dan pengajaran.

#SENYUMsokmo :D


لِكُلِّ جَوَادٍ كُبْوَةٌ
Every steed has a stumble
Nobody perfect

“setangkas-tangkas kuda pasti akan tersungkur”
Macam tu jugak seperti peribahasa melayu
“sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua”.

Mumtazah Maimunah (6 Jun 2014) 2.41 Petang