Monday, 16 June 2014

KRITERIA-KRITERIA PENTERJEMAH

Bagi sesiapa yang ingin menjadi penterjemah,di sini saya ingin berkongsi tentang kriteria-kriteria yang perlu ada bagi seseorang penterjamah hasil daripada pembelajaran kuliah yang lepas. Hanya dengan mengetahui dua bahasa, seseorang itu sudah boleh menjadi penterjemah yang baik.Ia adalah pendapat yang salah kerana untuk menjadi seorang penterjemah bukanlah sesuatu mudah.Syarat utama untuk menjadi penterjemah mestilah mengetahui bahasa sumber dan bahasa sasaran,mengetahui topik/subjek yang akan diterjemahkan,mengetahui teori terjemahan dan mengetahui sasaran/khalayak pembaca.

Kriteria penterjemah :
Mengetahui Bahasa Sumber
•         Mendalam
•         Selok-belok keganjilan & keistimewaan bahasa sumber.
•         Membezakan makna
•         Mentafsirkan maksudnya dengan tepat
Mengetahui Bahasa Sasaran
•         Bahasa penerima
•         Lebih baik daripada bahasa sumber
•         Sama baik dengan bahasa sumber
Mengetahui Bidang / Subjek
•         Menjamin ketepatan dan kesempurnaan makna yang dipindahkan.
•         Penting dalam penterjemahan teks-teks khusus.
•         Penting dalam penterjemahan teks-teks sastera.
Mengetahui Teori Terjemahan
•         Ada teori & kaedah ilmiahnya sendiri.
•         Bukan pindahkan perkataan sahaja, tetapi  memindahkan idea, maklumat dan gaya.
•         Perlu bantuan ilmu pengetahuan secukupnya dalam bidang teori dan kaedah terjemahan.
Mengetahui Sasaran Pembaca
•         Terjemahan perlu sesuai dengan pembaca sasaran.
•         Laras bahasa perlu dijaga.
•         Cth: Kalau sasarannya ialah kanak-kanak, maka laras bahasa yang digunakan mestilah sesuai dengan kanak-kanak tersebut.

Syarat Tambahan
•         Mempunyai fikiran yang terbuka
•         Ingatan yang baik
•         Minat yang mendalam
•         Boleh bekerja sendiri
•         Tidak malu bertanya
•         Jujur dan amanah

Syarat Lain
Pengalaman :
•         Aset yang bernilai
•         Tidak datang bergolek
•         Diperoleh daripada ilmu dan latihan penterjemahan yang berpanjangan.
•         Boleh manfaatkan pengalaman orang lain, perlu mencari pengalaman sendiri.

Tugas menterjemah bukanlah tugas yang mudah.Penterjemah perlu melengkapkan diri dengan pelbagai syarat dan kebolehan sebelum berupaya menterjemah sesebuah teks dengan baik.Semua syarat ini tidak mungkin dapat dipenuhi dengan mudah.Walaupun begitu, semua ini boleh dicapai andainya penterjemah rajin berusaha, rajin belajar & berlatih.

Mumtazah Maimunah

No comments:

Post a Comment