Tuesday, 17 June 2014

JENIS TERJEMAHAN

Kali ini, kita akan lihat pula tentang jenis-jenis terjemahan. Umumnya, terdapat 2 jenis terjemahan, iaitu terjemahan tulisan dan lisan.

TERJEMAHAN TULISAN

Terjemahan tulisan mempunyai ciri-ciri berikut:
Ø  Dilakukan secara bertulis (tak kan bercakap kot).
Ø  Penterjemah masih berkesempatan membaiki kesilapan terjemah yang dilakukan (maknanya masih boleh semak kesalahan).
Ø  Kefasihan berbicara tidak menjadi syarat yang mutlak (tak pandai bercakap pun boleh terjemah).
Ø  Penguasaan bahasa sumber & bahasa sasaran yang pasif pun tidak menjadi hambatan untuk menjadi penterjemah tulisan yang baik (tak pakar bahasa, tapi masih boleh terjemah).

Agak-agak, kita semua layak tak untuk terjemah sesuatu tulisan? Boleh lah cuba di rumah.. :)

TERJEMAHAN LISAN

Terjemahan lisan pula mempunyai ciri-ciri berikut:
Ø  Dilakukan secara lisan (bukan menulis tau).
Ø  Dilakukan secara langsung, cepat & tepat.
Ø  Tidak boleh berhenti walaupun sekejap untuk membaiki unsur-unsur bahasa atau ujaran yang salah, atau yang tidak tepat benar padanan terjemahannya (azab le kalau salah).
Ø  Penterjemah disyaratkan berkemampuan berbicara yang lancar & fasih dalam b. Sumber & b. Sasaran.
Ø  Perlu berpengetahuan luas.
Ø  Mampu mentafsirkan apa sahaja yang diujarkan.
Ø  Dikenali sebagai interpreter.
Ø  Perlu menjalani latihan yang panjang & perlu mencari pengalaman yang berterusan.
Ø  Selain menjadi penterjemah yang baik, dia juga perlu menjadi pentafsir yang mahir.

Yang nie memang boleh, tapi ambil masa le.. kalau sekarang bercakap memang tunggang langgang le.. hehe..

Yang nie secara umum, yang detail belum masuk lagi.. lain kali lah kita bincang ye.. Selamat praktis..

MUHAMAD HAFIZI BIN TARMIZI (A144967)

Monday, 16 June 2014

KRITERIA-KRITERIA PENTERJEMAH

Bagi sesiapa yang ingin menjadi penterjemah,di sini saya ingin berkongsi tentang kriteria-kriteria yang perlu ada bagi seseorang penterjamah hasil daripada pembelajaran kuliah yang lepas. Hanya dengan mengetahui dua bahasa, seseorang itu sudah boleh menjadi penterjemah yang baik.Ia adalah pendapat yang salah kerana untuk menjadi seorang penterjemah bukanlah sesuatu mudah.Syarat utama untuk menjadi penterjemah mestilah mengetahui bahasa sumber dan bahasa sasaran,mengetahui topik/subjek yang akan diterjemahkan,mengetahui teori terjemahan dan mengetahui sasaran/khalayak pembaca.

Kriteria penterjemah :
Mengetahui Bahasa Sumber
         Mendalam
         Selok-belok keganjilan & keistimewaan bahasa sumber.
         Membezakan makna
         Mentafsirkan maksudnya dengan tepat
Mengetahui Bahasa Sasaran
         Bahasa penerima
         Lebih baik daripada bahasa sumber
         Sama baik dengan bahasa sumber
Mengetahui Bidang / Subjek
         Menjamin ketepatan dan kesempurnaan makna yang dipindahkan.
         Penting dalam penterjemahan teks-teks khusus.
         Penting dalam penterjemahan teks-teks sastera.
Mengetahui Teori Terjemahan
         Ada teori & kaedah ilmiahnya sendiri.
         Bukan pindahkan perkataan sahaja, tetapi  memindahkan idea, maklumat dan gaya.
         Perlu bantuan ilmu pengetahuan secukupnya dalam bidang teori dan kaedah terjemahan.
Mengetahui Sasaran Pembaca
         Terjemahan perlu sesuai dengan pembaca sasaran.
         Laras bahasa perlu dijaga.
         Cth: Kalau sasarannya ialah kanak-kanak, maka laras bahasa yang digunakan mestilah sesuai dengan kanak-kanak tersebut.

Syarat Tambahan
         Mempunyai fikiran yang terbuka
         Ingatan yang baik
         Minat yang mendalam
         Boleh bekerja sendiri
         Tidak malu bertanya
         Jujur dan amanah

Syarat Lain
Pengalaman :
         Aset yang bernilai
         Tidak datang bergolek
         Diperoleh daripada ilmu dan latihan penterjemahan yang berpanjangan.
         Boleh manfaatkan pengalaman orang lain, perlu mencari pengalaman sendiri.

Tugas menterjemah bukanlah tugas yang mudah.Penterjemah perlu melengkapkan diri dengan pelbagai syarat dan kebolehan sebelum berupaya menterjemah sesebuah teks dengan baik.Semua syarat ini tidak mungkin dapat dipenuhi dengan mudah.Walaupun begitu, semua ini boleh dicapai andainya penterjemah rajin berusaha, rajin belajar & berlatih.

Mumtazah Maimunah

Sunday, 15 June 2014

Sebab Blog ini Dibuat..

Assalamualaikum..
Kawan-kawan semua sihat?
Harapnya sihat semua..

Sebelum itu, izinkan saya memperkenalkan diri.. nama saya Muhamad Hafizi bin Tarmizi..
Menetap di Teluk Intan (orang Perak le)..
Pelajar di Fakulti Pengajian Islam, kos Pengajian Arab dan Tamadun Islam..
Dan lain-lain kalau nak tahu, kena pm sendiri.. J

Agak-agak, kenapa blog ini dibuat?

Blog ini dibuat untuk berkongsi serba sedikit (tak la banyak pun) tentang aktiviti terjemahan Arab-Melayu-Arab, bagaimana ingin menterjemah, apakah teknik yang digunakan, dan sebagainya..
Saya dan rakan saya (Aida dan Mumtazah) akan cuba berkongsi (dah kongsi pun sebelum nie) tentang segala aktiviti berkaitan penterjemahan..

Harapannya moga-moga blog ini bermanfaat walaupun sedikit kepada kawan-kawan dan pembaca sekalian..


Gambar 1 & 2 Pensyarah TAMA 1 yang disayangi, Dr. Maheram.

Sekian..

Muhamad Hafizi bin Tarmizi (A144967)
Terjemahan Arab-Melayu-Arab,
Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam,

Fakulti Pengajian Islam, UKM.

Thursday, 12 June 2014

Assalamualaikum.

Pada minggu ini, kita akan belajar tentang peribahasa Arab yang mana kata-katanya boleh kita ambil sebagai ibrah dan pengajaran.

#SENYUMsokmo :D


لِكُلِّ جَوَادٍ كُبْوَةٌ
Every steed has a stumble
Nobody perfect

“setangkas-tangkas kuda pasti akan tersungkur”
Macam tu jugak seperti peribahasa melayu
“sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua”.

Mumtazah Maimunah (6 Jun 2014) 2.41 Petang

Saturday, 17 May 2014

Proses Menterjemah

Pada kuliah yang seterusnya, kami telah mempelajari proses untuk menterjemah . Kalau nak tau, proses penterjemahan  ni ada 7 step. 

STEP YANG PERTAMA
Mesti kena ada teks sumber untuk diterjemah. kalau tak ada teks sumber, nak terjemah apa kan? hehe ..

Contoh teks sumber ‘Rihlah Ibnu Bathuthah’ , dan perlu diterjemahkan ke dalam Bahasa Arab.

STEP KE-2
Analisis. Sebelum nak menterjemah, kita kena baca dan bagi faham dulu secara overall, lepas tu baru dapat idea macam mana nak terjemah.  Kalau  pembaca nak tahu, proses analisis ni melibatkan pencarian makna , tak kisah lah dalam kotak memori ka, kamus ka, apa ka. Tapi, kalau perkataan atau ayat atau seluruh wacana tu kita dah tau makna dia, lagi cepat lah proses penterjemahan tu.  Tak payah nak tengok kamus dah. hoho

STEP KE-3
Pemindahan. Proses ni lah yang paling penting sekali. Sebab kita perlu cari padanan makna yang sesuai dengan ayat tu dan dipindahkan ke dalam bentuk bahasa sasaran(golongan kanak-kanak, remaja dan dewasa). Sebelum proses pemindahan tu, pastikan kita(penterjemah) faham apa yang kita terjemah.

STEP KE-4
Menstruktur semula. Makna nya, teks yang kita dah terjemah tu mesti ikut bahasa sasaran . Kalau kanak-kanak, ikut lah bahasa kanak-kanak, macam tu juga kalau remaja atau golongan dewasa. Kemudian, gaya bahasa yang digunakan mestilah difahami dengan mudah, terang dan jelas. Ingat! gaya bahasa memainkan peranan yang sangat penting ya!

STEP KE-5
Memeriksa.  Proses memeriksa ni boleh ja kita check sendiri kalau kita ni memang dah mahir dan kita yakin. Tapi, kalau kita tak yakin dan memerlukan kepakaran orang lain untuk checkkan, maka kita boleh berjumpa dan rujuk dengan pakar yang memang mahir dalam bidang penterjemahan.
Proses memeriksa ni merupakan tugas yang sukar sebab kita kena periksa ketepatan dari segi terjemah. Proses ni memerlukan kesabaran yang tinggi . hehehe

STEP KE-6
Menyemak. Merupakan satu cara untuk sesuaikan teks terjemahan dengan kehendak pembaca sasaran.


STEP KE-7
Menyunting. Bukan sebahagian daripada proses penterjemahan sebenaqnya tapi ia penting! take note ya! Teks perlu disunting sebab:

Buang  bahan yang tak penting untuk mewujudkan gaya yang seragam kalau teks tu ramai orang terjemah.

Mumtazah Maimunah bt Kamis

DEFINISI TERJEMAHAN

Pada kuliah pertama Terjemahan Arab Melayu Arab kami yang pertama,kami telah belajar mengenai definisi terjemahan.Berikut adalah kesimpulan tentang apa yang kami faham...
Sebelum tu,kita kena faham dulu kenapa kita perlu menterjemah?.. agak-agak korang apa jawapannya. ..takpe tak payah jawab..saya dah sediakan jawapannya di bawah.Senang je..huhu

Sebab yang pertama,tak semua orang boleh bercakap dalam banyak bahasa kan.
Kedua,sebab  ia merupakan wasilah untuk manusia berhubung.Kalau takde penterjemahan macam kambing cakap dengan harimau la jawabnya..hehe..seorang mengembek seorang lagi mengaum..apa daaa...


Nasib baik lah kucing ni faham ap yang tikus tu cakap...hehe


Sebab yang ketiga adalah untuk memindahkan ilmu dan teknologi.Macam mana  yang berlaku di Andalus pada zaman Uthmaniah banyak kitab-kitab diterjemahkan daripada bahasa Arab ke bahasa lain.
Sebab yang terakhir adalah untuk pemindahan budaya.

Ok.sekarang kita berkenalan dengan definisi terjemahan.Terdapat banyak definisi terjemahan.Setiap satunya berbeza mengikut pendapat masing-masing.Antaranya :


Kamus Dewan (1993); halaman 1351
Terjemah; menterjemah
 Memindahkan (karangan dll) daripada suatu  bahasa kepada bahasa yang lain, mengalihbahasakan.
Terjemahan
(a)    Hasil daripada menterjemahkan, yang (telah) diterjemahkan
(b)   Cara (gaya, kaedah dsb) menterjemah
Penterjemahan
Perihal (kerja, usaha dsb) menterjemahkan

Dari Sudut bahasa:
      Berasal drp kata Arab “tarjama, yutarjimu, tarjamah”.
      Qamus al-Muhit: الترجمة بمعنى توضيح وتفسير وتبيين 
      Lisan al-`Arab:ترجم الترجمان  
      AL-WASIT : التبيين والتوضيح

Catford, J.C (1965) “A Linguitic Theory of Translation” :
The replacement of textual material in one language (Source Language) by equivalent textual material  in another language.
“Penggantian bahan teks dalam satu bahasa (BS) dengan bahan teks yang sepadan dalam bahasa lain (BT)”.

Menurut Nida dan Taber :
Dalam The Theory and practice of translation, Nida dan Taber (1982:12) mentakrifkan  penterjemahan seperti yang berikut:
            “Translating consists in reproducing in the receptor language the closest natural equivalent of the source language message, first in terms of meaning and secondly in terms of style”. 
Penterjemahan ialah mencipta semula di dalam bahasa penerima/sasaran persamaan terdekat yang semulajadi terhadap mesej bahasa sumber, pertama dari segi makna dan kedua dari segi gaya.

Sebagai Kesimpulan.
Terjemahan adalah satu proses pemindahan:
  1. Maklumat / Teks
  2. Makna
  3. Budaya
daripada bahasa sumber ke bahasa sasaran dengan menggunakan padanan yang sesuai.


Aida Nazirah Binti Buhari

Monday, 14 April 2014

Assalamualaikum..
Syukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan kehendakNya, dapat kami membuat blog ini sebagai medium untuk menyampaikan ilmu, terutama ilmu yang berkaitan dengan terjemahan Bahasa Arab ke Bahasa Melayu dan Bahasa Melayu ke Bahasa Arab. Moga ianya bermanfaat untuk kami dan rakan-rakan.

InsyaAllah kami akan memberikan lagi maklumat yang bermanfaat untuk pembaca berkaitan terjemahan dan sebagainya. Sekian.

Oleh:
Muhamad Hafizi bin Tarmizi (A144967)
Mumtazah Maimunah bt. Kamis (A144979)
Aida Nazirah bt. Buhari (A144976)